Tuesday, September 11, 2012

2012 bulan Disember apa akan Terjadi-Trajidi


Apakah PRU 13 bakal mengundang bala Allah SWT

"Pada sa'at dan ketika ini hujan tidak akan terhenti membasahi Lembah Klang ini walaupun sudah berkali-kali sehingga pada tahun 1433 Hijrah ini dengan berakhir sudah perjanjian RAHMANajib dan  kita pun ulangi-ulangkan lagi kepada pemimpin Melayu kita agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini Pemerintah berbuat demikian, maka hari ini juga kita sanggup bubar parti kita untuk sama-sama berjuangkan Islam dengan Pemerintah kini. "Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti mereka itu kepada dasar prinsip Islam. Di manakah duduknya "roh" Islam dalam Pemerintahan kini? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat MelayuIslam kita yang sebenar-benar nya Islam"
 

Pandangan Terbuka Dato' Dr. Har0n Din

Dalam tahun 1433 Hijrah ini 2012; keadaan  begitu terlalu banyak masalah gejala sosial, maksiat, budaya barat kuning dll., bala bencana alam sekitar, ribut taufan, perubahan cuaca ketara, banjir kilat dan besar, kemarau, jerebu, tsunami, gempa bumi melanda di seluruh dunia kini. Malah di Malaysia pula dihujani dengan masalah fitnah yang berleluasa iaitu d0sa kita bertambah dan semakin hari semakin besar. Se0lah-0lah kita sedang memanggil bala itu supaya datang, seperti kita menunggu Allah untuk menghukum kita kelak, apa pandangan ustaz?

DATO' DR. HAR0N DIN: Sudah berdekad masyarakat Malaysia am nya dibebani dengan masalah yang disebutkan sebagai masalah kritikal sosial yang kebelakangan ini semakin parah dan punah. Dahulu pada penghujung abad ke-20 kita hanya mendengar hanya cerita-cerita kemaksiatan berlaku dengan angka-angka yang terus meningkat dalam media dan akhirnya telah menjadi kenyataan contohnya fenomena pergaulan bebas, tangkapan khalwat, buang bayi, pelacuran tumbuh macam cendawan dan sebagainya. Pada akhir-akhir ini sangat ketara dengan anak-anak yang dicampak, dibunuh dan ditinggalkan dan bayi-bayi yang dilahirkan tanpa bapa yang didaftarkan dengan statistik yang  menggerunkan apabila kaum hawa dalam gejala s0sial telah di umpan dengan dadah, "club-bing" ubatan ghairah sex dan ubatan pengsan dll. yang dijual berleluasa.

Ratusan ribu anak tanpa bapa begitu dengan yang dibunuh dtambah dengan kes perompak, per0g0l, penyamun, dadah, b0hsia, liwat sejenis, sesat-barat dan sebagainya -bilangan mereka ini sudah tidak dapat ditampung oleh pusat-pusat NGO pemulihan. Selain itu, gejala rasuah yang ditangkap adalah ikan bilis dan sekarang sahaja sudah terpaksa menangkap jerung besar. Apakah kita tidak berasa terkedu atau runsing apabila hampir 100 pegawai tinggi dan rendah kastam terlibat dengan rasuah yang besar-besaran melibatkan jumlah berbilion duit negara hilang dengan sebab amalan ini. Ada pula pegawai kastam yang diserbu rumahnya dengan wang berselerak, ada pula yang dirumahnya menyimpan gold bar. Hal ini berlaku walaupun dalam peringkat tuduhan tetapi ianya sangat serius apabila dilihat salah satu daripada gejala sosial tadi.

Ini semua pastilah menjemput bala. Firman Allah yang bermaksud : apa sahaja musibah, bala bencana yang terjatuh kepada kamu itu adalah balasan Allah daripada angkara perbuatan jahat tangan-tangan kamu. Namun demikian Allah mengampunkan, membiarkan dan tidak akan mengambil tindakan - sudah banyak sangat. Kalau Allah hendak membiarkan terus berlaku, maka akan terjadilah bala. Krisis moral merupakan bala yang cukup besar kepada ummah. Penyakit berjangkit, bencana alam pun merupakan bala, krisis sosial dengan keruntuhan rumah tangga yang semakin berleluasa kemudian dipaparkan pula di media yang berlaku di kalangan golongan atasan, artis, budayawan - ini semua disebutkan Allah SWT sebagai tiap-tiap 1satu kelompok masyarakat, penduduk sebuah negeri atau kota, Kami akan ambil tindakan atas d0sa-d0sa yang mereka lakukan.
 
Ada di kalangan mereka yang Kami musnahkan negara mereka dengan batu, ada yang kami musnahkan dengan kami tenggelamkan dalam banjir, ada yang kami gerak gempa-bumi, ada yang kami hantarkan penyakit kepada mereka, ada yang kami tidak suburkan tanaman mereka, kami ambil tindakan ke atas kesalahan mereka setelah banyak amaran kami berikan sebelum ini dan mereka masih belum berhenti maka akhirnya mereka berdepan dengan bala kami. Bila bala kami turun maka mereka tidak akan dapat mengatasinya.

Kesimpulan daripada itu kita dapat lihat, yang telah berlaku ke atas kita masih kita katakan bahawa Allah SWT amat menyayangi masyarakat yang ramai lagi tidak bersalah. Yang bersalah ialah pemerintah yang membiarkan atau membelakangi Islam, hukum syarak, lebih menjunjung tinggi undang-undang ciptaan manusia, memandang remah kepada undang-undang Islam dan pelanggaran hukum yang melibatkan mengaibkan orang (walaupun ianya belum pasti) dengan meletakkan tanggapan bahawa yang dituduh melakukannya. maka turunlah bala dan ianya sedang berada di hadapan kita sekarang ini pada tahun PRU13 yang sangat mendebar dan bergetar rasa di hati naluri. Malah pegawai kerajaan yang sepatutnya menjaga amanah itu sudah menjadi seperti pagar makan padi - siapa lagi yang hendak kita harapkan untuk menjaga padi kita. Kalau hal yang terang-terangan ini berlaku - tidakkah ini dinamakan bala?

Tetapi mereka tidak memandang perkara ini dengan serius kerana ada perkara yang lebih besar lagi yang ditimbulkan iaitu klip gambar-gambar dan vide0-vide0 fitnah. Buat masa ini ia masih tidak meranapkan dan menghancurkan negara. Apakah kita tidak jadikan ini sebagai iktibar dan tauladan. Moga-moga dengannya mereka sedar dan kembali kepada hukum Allah. Kalau berlaku hal ini mereka tidak kembali juga, adalah amat dibimbangi apa yang berlaku kepada kaum ad sebagaimana yang Allah SWT firmankan dalam al-Quran.

"Tidakkah kamu melihat apa yang berlaku kepada kaum ad yang Allah anugerahkan kepada mereka kenikmatan hidup dunia yang begitu banyak, dengan kabilah 'iram yang ada binaan yang hebat dengan tiang-tiang yang begitu besar - bagi menggambarkan kehebatan mereka dalam mencapai kenikmatan dunia, dan firaun yang mempunyai kehebatan membuat piramid yang tinggi seperti bukit tetapi mereka bukan hendak bersyukur dan beriman kepada Allah. mereka mengambil kesempatan daripada kenikmatan itu untuk melakukan fasad - yang merujuk kepada fasad al-akhlak (kerosakan akhlak).

Akhlak mereka dengan Allah SWT itu rosak dan tidak beriman, akhlak sesama mereka melanggar nilai-nilai yang baik, melakukan nilai yang tidak baik maka Allah akan meliputi mereka dengan azab Allah yang seburuk-buruknya sampai habis (musnah) kaum itu (ad, tsamud, firaun), yang ada hanyalah peninggalan mereka sahaja. kalau semua yang berlaku ini kita masih tidak faham dia sebagai peringatan daripada Allah SWT atau disebut sebagai ibtila' atau ujian, bala' atau musibah untuk manusia sedar akan kesalahan mereka. kalau mereka balik semula kepada Allah berdasarkan firman yang bermaksud : segeralah kamu balik kepada Allah, kamu serah diri kepada Allah, (jangan lawan Allah) sebelum Allah turunkan bala kepada kamu, kerana bila azab ini turun maka kamu sudah tidak dapat lagi dima'af dan ditolong lagi.

Sebelum sampai ke saat akhir itulah, maka saya mengambil kesempatan dalam pertemuan ini hendak mengajak seluruh masyarakat apajua agama untuk insafilah perkara ini dan marilah kita balik kepada Allah SWT atau tuhan kamu, muhasabah, menyemak, memeriksa dan mengatur semula kerana kita hendak kembali kepadaNya yang tidak berlaku secara segera. Tetapi keazaman yang cukup kuat untuk kembali kepada syariat dengan persediaan yang rapi dan betul demi untuk mendapat rahmat dan berkat di dunia yang sementara, sebentar dan singgahan ini. Yang penting balasan di akhirat nanti yang Allah SWT  janjikan kepada mereka yang melaksanakan suruhan-Nya.
 
Dat0' Bahaman sudah berkali-kali mengulangi bala akan mendatang dengan berakhirnya perjanjian RAHMANajib begitu juga UMNO yang juga sudah dimaklumi dan mengetahui hal ini sejak pemerintahan Tun Dr. Mahathir lagi pada akhir tahun masihi 1981... Sediakan Payung Sebelum Hujan Ribut BelaHtara PRU13 menamatkan perjanjian Melayu Tanah Semenanjung Alam Nusantara Bangsa Hujung Benua ini... Siap Siaga 313.99.33.13.9 s0lawat ! 
 
.
 
 

No comments:

Post a Comment