Tuesday, February 16, 2010

01.02.10 - ANTARA PERKASA PUSAKA BANGSA ISLAM KITA.

08
Susulan dari petikan akhbar Utusan Malaysia bertarikh Isnin 15 Februari 2010 muka surat 3

"Saya tetap pejuang Hak Melayu" - Datuk Ibrahim Ali
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), manakala Ayahanda Tok Syed Zulfakar (Pekida) tetap akan memperjuangkan hak orang Islam Melayu walaupun digelar pemimpin bersifat taksub perkauman.

"Saya tetap pejuang hak dan haq Islam Melayu diTanah Semenanjung ini" - Syeikh Addeen dari Sungai Manik, Negeri Perak Darul Ridzuan keturunan tersohor Sunan Ulama pd zaman trajedi komunis dan 13 Mei 1969. dahulu

Kata-kata Ayahanda Tok Syed Zulfakar, PEKIDA Setapak, Kuala Lumpur.
"Saya tetap dengan pendirian memperjuangkan nasib dan hak istimewa orang Islam Melayu bersama-sama Perkasa dan mana-mana badan NGO yang berprinsip sedemikian.
'Ingin saya tegaskan di sini, walaupun Perkasa tetap berdiri sebagai sebuah badan bebas dan bukannya badan politik, saya menyokong seratus peratus 100% pendirian ini selagi bersandarkan kepada Islam kita sesama kita.'

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa ada pendapat yang mengatakan beliau terlalu bersifat taksub perkauman.
Beliau berkata Perkasa adalah semata-mata memperjuangkan nasib dan hak orang Islam Melayu kini yang masih ketinggalan terlalu jauh dalam semua pembangunan dan ekonomi negara.

'Saya tidak faham mengapa ada pihak yang menggelarkan saya rasis hanya disebabkan memperjuangkan hak orang Islam Melayu. 'Kenapa pertubuhan politik lain yang begitu lantang memperjuangkan nasib kaum masing-masing tidak pula digelar rasis! Mahupun ultra kiasu! yang telah menggugat kestabilan pribumi Islam Melayu kita kini,' ujarnya.

Hujah KEMEGA
Perjuangan dan pengorbanan kami adalah memastikan Tanah Melayu Nusantara tetap kekal hak dan haq mutlak sehingga ke akhir zaman selamanya milik Kerajaan Islam Melayu. Termaktub lagi muktamad dalam Perlembagaan Negara 153. Takbir99!

1 comment: