Saturday, February 19, 2011

Cerita di wakaf Tun Tuah di pergunungan Hulu Lengg0ng

33.
Negeri Perak Darul Ridzuan; 2011
Kesarwajagatan peribadi Hulubalang Panglima Besar Dat0' Laksmana Hang Tuah adalah umpama tiupan suara halus membisik serentak, senada dan sekata Pendiri Panji MelayuIslam Nusantara. Lihat lah kebenaran perihal fakta kewujudan beliau di dalam kitab lama ' Sejarah Melayu ' mempaparkan tokoh-tokoh Pembesar Istana Melayu Melaka bersama hulubalang Melayu lain yang dipilih oleh Sultan Mansur Shah sendiri untuk mengiringi baginda berangkat mencemar duli ke kerajaan Jawa, Majapahit.

: Melayu

" Maka baginda memilih pahlawan yang berasal empat puluh40 banyaknya, antara kesemua itulah Hulubalang yang ternama sembilan9 yakni Hang Jebat seorang, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang A'li , Hang Iskandar Zulkarnain, Hang Hassan , Hang Hussein dan Hang Tuah ; kesemua sembilan9 bernama tersebut ini adalah yang tiada b0leh bertara sayembara, tiada t0l0k bandingan alam Nusantara lagi serata duniya ketika itu. Barang laku ilmu penjuritan mereka tiada terturut oleh seteru bersudi. Namun Hang Tuah jua lah terlebih cerdik pandai, gagah perkasa dan berani mencabar daripada yang lain "

Manakala cerita kebenaran persengketaan dan detik hitam diantara Hang Tuah dan Hang Jebat tidak di tuliskan langsung di dalam ' Sejarah Melayu' melainkan di dalam ' Hikayat Hang Tuah' sahaja . Namun di dalam Sejarah Melayu telah menceritakan sebalik nya, sejarah hitam Melaka dengan peristiwa pertikaman Hang Tuah dan Hang Kasturi pula. Namun kepastian yang nyata adalah bersandarkan kepada perundangan dan hukum-hakam agama Islam yang telah mendasari segala tindak tanduk Hang Tuah pada ketika itu. Secara tidak langsung untuk menyelamatkan pelabuhan perdagangan serantau negara-negara Timur "entreport" keagungan empayar Melayu Melaka juga.

No comments:

Post a Comment