Tuesday, September 4, 2012

1Malaysia dalam 1Islam yakni 1Melayu kah kini tahun 1433 Hijrah ini

Pada akhirnya p0litik disini sejak kemerdekaan negara Tanah Melayu semenanjung ini sememangnya k0t0r dengan masih lagi campurtangan musuh Islam dari pihak-pihak luar CIAmerika, zi0nis-yahudi, singapura-puraPAP/DAP, barat freemas0n dsb.nya. Pemerintahan kini terjerat lagi terjebak dengan perangkap sendiri. Mulanya begitu lantang memperjuangkan '1 Malaysia' kononnya untuk semua bangsa. Tetapi terbuka pekung di dada, bila pihak pembangkang  wan aziz wan azial telah mengumpan untuk menolak Ketuanan Melayu. Secara lantang, pihak pemerintah dan pihak NG0 pr0-Melayu berteriak mempertahankannya dengan melupakan semula '1 Malaysia' yang dicanangkan nya.

Ikuti pandangan Islam bersama Ketua Penerangan Majlis Ulama Jema'ah Islammiyah Alam Melayu MUJIAM, Ustaz Hj. Nik MUhammad Nawawi mengenai perkara ini yakni Ketuanan Melayu itu Islam.

Pertama Ketuanan Melayu ini dikatakan sebagai ketuanan bangsa. Kita berpegang dengan prinsip yang ada dalam agama. Kita sayang kepada bangsa tetapi dalam waktu yang sama Islam melarang kita daripada memperjuangkan bangsa.

Ini kerana, jika kita meletakkan perjuangan atas nama bangsa ia akan menjadi 'asabiyah'. Tetapi jika kita sayang kepada bangsa tanahair asal nya, tidak mengapa, sebab Rasullullah SAW juga sayang kepada Arab dan kaum suku Quraisy beliau. Dalam 1satu hadis Rasullullah ada menyebut keutamaan kepada Bani Quraisy ini.

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Empayar Turki Uthmaniyyah pula, kedudukan bangsa Melayu sebagai bangsa yang menetap dalam Tanah Melayu sejak sekian lama (beserta g0l0ngan pribumi yang lain) bahkan suatu bangsa yang mempertahankan Islam sejak sekian lama di Tanah Melayu ini, serta Kesultanan Melayunya secara jelas merupakan cabang daripada Khilafah Uthmaniyyah sebelum kejatuhannya, menunjukkan betapa Ketuanan Melayu perlu dipertahankan atas dasar sejarah dan kepentingannya dalam menjadi bangsa utama yang mempertahankan Islam di samping sebagai bangsa yang menduduki asal Tanah Melayu ini. Ketuanan Melayu adalah identiti Tanah Melayu di sisi tamadun Islam secara umum dan di sisi khilafah Islamiyyah pada zaman Uthmaniyyah.

Nama asalnya iaitu "Tanah Melayu" sendiri sudah menunjukkan kedudukan bangsa Melayu sebagai penduduk asal yang membangunkan ketamadunan di Tanah ini. Konsep ketuanan sesuatu bangsa tidak pernah bercanggah dengan Islam malah diraikan dalam Islam selagimana ianya dipertahankan atas kerangka agama Islam itu sendiri.

Ketuanan Bangsa dan Fitrah

Mempertahankan ketuanan sesuatu bangsa di tempat mereka adalah fitrah manusia itu sendiri yang lahir cari mencintai bangsa sendiri secara tabi'e.
Apa yang kita lihat masalahnya ialah Pemerintah Negara kita kini lebih menjuruskan dan meletakkan dasar dan perjuangannya berlebihan atas nama bangsa sahaja. Memperjuangkan Melayu semata-mata maka dan ia terletak dalam kat0gari 'asabiyah' dalam agama kita Islam.

Keduanya, bangsa yang diperjuangkan nya akan meletakkan Melayu tidak ke mana-mana, dan perjuangan mereka adalah perjuangan yang tergagal dan terl0p0ng. Jika kita lihat Melayu sekarang ini, ia miskin, tertindas dan terpencil merempit-tersepit di negara Tanahair nya sendiri dan ini menunjukkan gagalnya perjuangan pemerintah atas nama bangsa nya sendiri.

Sebab itu, di dalam Islam, kita hendak lah mendahului dan  memperjuangkan Islam dan di dalamnya ada kasih-kasihan kepada bangsa tetapi bukan berjuang untuk bangsa semata-mata. Sebagaimana ada kebenarannya juga  kenyataan Mursyidul Ummah kita dan Pemimpin Islamiyyah perihal tajuk ini, tiada apa-apa halangan mana-mana bangsa memimpin negara asalkan mereka ini Islam sebenar-benarnya serta semestinya menegakkan Islam pada akhirzaman kini.

Apa beza Ketuanan Islam dengan Ketuanan Melayu?

Perbezaanya cukup besar. Kalau kita sebut Ketuanan Islam, maknanya kita akan menegakkan Islam tanpa mengira apa-apa bangsa. Di sini akan wujud sebuah negara yang adil kerana bila Islam itu diperjuangkan mana-mana hak yang sepatutnya diper0lehi 0leh sesuatu bangsa, Islam mengajar supaya kita sempurnakan hak mereka sejak kedatangan ulama'-ulama' Islam di Nusantara ini pada abad ke11 Masehi lagi.

Boleh Ustaz jelaskan maksud 'asabiyyah' ini ?

Makna 'asabiyah' dalam Islam ialah kita mempertahankan bangsa walaupun bangsa kita tidak berhak dipertahankan. C0nt0hnya jika bangsa kita terjebak dalam 1satu perkara yang bertentangan dengan agama Islam, tetapi 0leh kerana kita memperjuangkan bangsa kita ketepikan agama dan ke depankan bangsa. Sebab itu, di sini banyak budaya yang bercanggah dengan agama yang dipertahankan. Sepatutnya adat yang bercanggah dengan agama kita mesti tinggalkan dan kita mesti ambil agama dahulu. Dalam perkara ini jangan kita lebih mempertahankan budaya dan adat yang bercanggah dan menyimpang kepada agama, maka kesedaran dan ketaubatan ini amat dititik beratkan sekarang 1433H ini.

Sebab itu Rasullullah SAW tidak membenarkan sesuatu bangsa memperjuangkan bangsa mereka dalam ertikata perjuangan bangsa yang mengatasi perjuangan agama kerana ia bakal dan akan menindas kaum lain meskipun mereka ini lebih Islam dalam beragama Islam.

Apa impak yang lain daripada perjuangan bangsa ini?

Perjuangan bangsa semata-mata juga meletakkan sesebuah negara menjadi tidak stabil dan tegang terutama sekali Tanahair kita kini yang terlalu mempunyai masyarakat majmuk berbilang-tidak terbilang kaum berbangsa dan beragama.

Kita bimbang dalam suasana percambahan bukan Melayu yang tinggal dalam negara kita, bila mereka ramai dengan perjuangan yang dibawa 0leh Pemerintah (perjuangan kebangsaan) dan begitu juga bangsa lain pula memperjuangkan bangsa mereka akan mengakibatkan berulangnya 'Peristiwa Hitam Berdarah 13 Mei 1969'. Perkara yang paling baik, kita kembali kepada perjuangan Islam dan ajarannya sebaik mungkin kini. Islam memberi keutamaan kepada semua dan 1satu-satunya agama yang memberi keadilan kepada semua kaum dan agama. Benar dan bukan kah begitu?

Mengapa pula ada kepentingan memperjuangkan Ketuanan Melayu?

Para ulama' Nusantara terdahulu yang menisbahkan diri mereka kepada tanahair masing-masing yang giat mengembangkan Islam di Nusantara seperti Sheikh Daud Al-Fattani (dari Pattani), Sheikh Abdul Shamad Al-Falambani (dari Palembang), Sheikh Arsyad Al-Banjari (dari Banjar), Sheikh Idris Al-Marbawi (dari Merbau, Perak) dan sebagainya.

Berdasarkan gambaran umum "minda" para ulama' Nusantara ini, kita dapati mereka sangat mencintai bangsa, tanahair dan ketuanan bangsa mereka di tanahair mereka, sehingga masih menisbahkan diri mereka kepada tempat-negara mereka. Setiap kita ini mempunyai kecintaan tersendiri terhadap tanah asal mereka. Bahkan, sejarah Tanah Melayu secara jelas menunjukkan kedudukan bangsa Melayu di Tanah Ufuk Timur ini.

Kita perlu faham juga, desakan untuk menolak "ketuanan Melayu" daripada kaum pelampau kafir adalah daripada minda mereka yang "Liberal" dan ingin menyamakan semua agama (setelah berjaya menyamakan semua bangsa) di Tanahair kita kini. Kita perlu berhati-hati dengan kelicikan kaum pelampau kafir ini dan berhati-hati juga mereka yang dipergunakan 0leh kafirun untuk menjatuhkan keutuhan Islam melalui kejatuhan bangsa utama yang menjaganya di Tanah Melayu ini sejak beribu-ribu tahun lagi.

Sebenarnya, mempertahankan ketuanan Melayu di "Tanah Melayu" bukanlah suatu agenda p0litik parti-parti "kebangsaan" tertentu kerana para ulama' Nusantara terdahulu lagi yang menyimpan semangat "ketuanan Melayu" (ketuanan Nusantara) tidak pernah mewakili mana-mana parti politik kebangsaan sekular. Bahkan, semangat "Ketuanan Melayu" hanyalah suatu fitrah mulia dan murni yang memahami asal-usul, sejarah dan kedudukan asal sesuatu bangsa di Tanahair mereka. Ketuanan Melayu yang dit0lak 0leh Islam adalah yang terpisah daripada Islam itu sendiri. Kalau mempertahankan ketuanan Melayu di Tanah Melayu berteraskan semangat "mempertahankan agama dan sejarah tanahair" tidak salah kerana dalam banyak catatan hadis, Rasullullah SAW sendiri mempertahankan ketuanan Quraisy (kepimpinan Quraisy) dalam urusan Khilafah Islamiyyah secara umum.

Perjuangan kemerdekaan 0leh pemimpin-pemimpin Islam sekular kita terhadap bangsa kita adalah ret0rik semata dan sekadar untuk meraih simpati dan emosi bangsa Melayu itu sendiri sejak sesudah lebih 50 tahun lama nya. Kalaupun mereka memperjuangkan bangsa semata-mata ia adalah perjuangan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Kita juga melihat perjuangan ini di ambil kesempatan pemimpin mereka atas nama Melayu untuk kepentingan individu dalam salahguna dan haramsuah tabung kewangan Negara untuk pembangunan ummah dan rakyat jelata; jelas dilihat kini kekayaan, kebendaan dan keduniyaan dan kepada tertentu sahaja yang mereka memb0l0ti dan mel0bi.

Bukti yang kukuh kita lihat kebanyakan rakyat melayu-Islam dalam pemerintahan kini yang bukan "ahli"nya adalah rata-rata masih miskin, tinggal di kampung-terkepung arus kem0denan yang diperalat oleh pemimpin terkini yang terlalu jauh kaya-raya nya. Ini menggambarkan perjuangan Melayu yang mereka perjuangkan selama  ini tidak ada amanah langsung kebenaran dan keasliannya. Mereka juga mencari kesempatan untuk mengaut kekayaan dan hartabenda selagi yang masih  ada ke terkini, tergadai lagi tersadai?. Sebab itu kita lihat apa jua peluang kekayaan yang mereka boleh capai mereka akan kaut ketahap karut-maut.

Boleh Ustaz bagi contoh...

Sebagai contoh yang paling ketara ialah jika mereka mendapat pr0jek membina masjid, mereka tidak pernah memikirkan bagaimana untuk mengisi pr0gram ketinggian dan pembinaan m0dal insan ummah dalam masjid, membentuk peribadi Islam yang bertakwa tetapi mereka buat masjid itu semata-mata untuk kepentingan mencari pr0jek keuntungan  harta-benda dengan ciri-ciri kewewahan dan kecantikan nya sahaja, pengisian syariat Islam dalaman lahir dan batin nya tiada.

Sebab itu banyak perkara gagal dibangunkan seperti juga pr0gram pendidikan dahulu, pelajar berakhlak dan bermoral walaupun mempunyai sekolah yang baik tahap pembelajaran nya tetap sekular barat tersesat barat. 

Sebagai penutup apa-apa pun kita mesti pertahankan sebenar-benar nya perlembagaan Negara Melayu yang disebutkan kalimah sebagai sebenarnya bermaksud “Ketuanan Islam” kita ini, maka ianya tidak merujuk kepada konsep mempertahankan “hak keistimewaan bangsa Melayu sebagai penduduk asal Melayu Nusantara di samping Bumiputera yang lain” sebagaimana ianya terkandung dalam kalimah Ketuanan Melayu, kerana ketuanan Islam akan merangkumi bangsa selain Melayu dan Bumiputera yang telah memeluk Islam. Ia tidak salah dari sudut ajaran Islam tetapi tidak juga sampai kepada maksud sebenar fungsi istilah “ketuanan Melayu” yang berkait rapat dengan artikel 153 dipertahankan dalam Perlembagaan.
Istilah “ketuanan Islam” juga tidak bersifat mani’e untuk merujuk kepada semangat sebenar di sebalik artikel 153 ini bahkan sebaliknya, isitilah “Ketuanan Melayu” lebih merangkumi maksud ketuanan Islam secara tidak langsung kerana dalam takrif Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu kita ini adalah:-
Orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura. [Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia]

Penutup Ringkas: Hak dan Keistimewaan Melayu Bumiputera

Tan Sri Prof. Khoo Kay Kim berkata:
“Memandang dari sudut kuota pula, kita seharusnya tidak menafikan hak kuota Bumiputera yang mempunyai banyak kelebihan dalam pelbagai aspek kerana mereka rakyat beraja. Kerajaan memang diasaskan oleh orang Melayu yang masyarakatnya terdiri dari dua kelas iaitu kelas yang memerintah dan kelas yang diperintah.” [Majalah Milenia, September 2010].




Ketika membincangkan tentang ketuanan Melayu, kita membincangkan tentang “Tanah Melayu” yang lebih dikenali sebagai Malaysia ketika ini. Ia tentang penduduk asal, kerajaan asal, pentadbiran asal dan bangsa pembangun ketamadunan asal di tanah bernama Tanah Melayu terdahulu dan kini Malaysia. Ia sudah pasti tidak terpisah daripada Islam bahkan Islam sendiri adalah panduan terbaik dalam membentuk sebuah konsep terbaik berkaitan Ketuanan Melayu ini.
Pada tahun 2009 penulis telah terkejut dengan 1satu s0alan yang tiada kena-mengena dengan siri pr0gram TV9 berkaitan pembelajaran 'Silat' Megat Terawis Ibni Daulat Pagar  Ruyung (Negeri Perak) 0leh pengarah siri tersebut yang berasal dari kampung Dat0' Bahaman, Semantan , Negeri Pahang Darul Makmur. " Abang megat, abang megat, ye ke dat0' Bahaman di simpan untuk perang terakhir Melayu...?" hamba dalam agak terkejut dan terkedu juga untuk menjawab kepada beliau "...walaupun silat kami berasal dari Negeri Perak yang bertapak di K0ta Lama Kuala Kangsar di K0ta DiRaja juga, akan tetapi kini guru kami adalah Dat0' Bahaman itu sendiri..." 

Salam313.99.33.13.9 demi tahun 1433 Hijrah ini hampir sudah sampai kepenghujungnya kini, Sedia Siap Siaga... Takbir99 s0lawat33 ukhuwah persaudaraan fsbljhd Panji Hitam Ufuk Timur yang berada di Batu Mat Hasan dan Husen di Pergunungan Terengganu Darul Iman kini... Wallahu a’lam


No comments:

Post a Comment