Kini bulan Safar tahun 2012/1433 sudah sampai ke penghujung nya dengan tahun baru cina naga air, berunsurkan air; air minuman, air mandian , air wuduk, air ubatan, air penawar, air kalimah Al Qur'an, air perigi, air hujan, airmata...; air 0mbak laut, air pasang laut, air bah ataupun sungai banjir dll.
Baginda rasullullah Nabi Muhammad SAW tidak menyalahkan Abu Bakar as Siddiq dan Umar al Khattab atas kegagalan mereka berdua mer0b0hkan pintu masuk Kota Khaibar tersebut. Lalu baginda junjungan besar SAW pun berdiri tegak-gegak memegangkan bendera perang itu seraya mengadap kepada semua para-para s0habat baginda yang bertandang penghadapan muka ke arah semua nya dengan pandangan penuh perhatian.
" Es0k sesudah subuh kita, aku akan menyerahkan bendera ini kepada se0rang lelaki yang sesungguhnya beliau ini cinta kepada Allah dan Rasul-Nya dan Allah dan Rasul-Nya juga cinta kepada nya" sabda rasullullah SAW dengan penuh amanat dan keramat.
Siapakah gerangan se0rang lelaki yang di sabdakan itu, sila baca lah dari buku-buku mengenai perang terbesar Khaibar ini yang telah di terbitkan di Tanah Melayu kita sejak awal tahun 70an lagi,; mudah-mudahan kita di beri hikmah dan hidayah perihal s0r0tan tersurat-tersirat Perang Khaibar yang tergenting lagi terpenting sekali selain daripada Perang Badar, Uhud dan Khandaq.
...melihat kehebatan dan keunggulan panglima besar yahudi bernama Marhab yang sungguh terkenal sekali, Sayidina A'li KaramallahU Wajhah pun terpaksa memberi tentangan pertarungan sayembara yang lebih hebat lagi dasyat daripada peristiwa sewaktu Perang Khandaq dahulu menentang pahlawan ters0h0r Amru Abdu Wud. Akhirnya pedang Zulfaqar beliau juga di hayun seperti kilat terpancar- cahaya kilauan mengenai tepat keatas kepala seteru sehingga terbelah dua.
Melihat kematian sahabat karib nya, Kinanah segera memerintahkan kesemua enam6 pahlawan panglima perang yahudi yang termasyur dan terakhir dalam K0ta Khaibar ini pula untuk menyerang Sayidina A'li. Berlaku juga pertempuran teramat sengit sekali, sehingga perisai Sayidina A'li terpecah habis akibat menahan bertubi-tubi pedang musuh-musuh beliau itu. Namun akhirnya Sayidina Ali dapat juga menewaskan keenam-enam6 panglima besar yahudi khaibar tersebut dengan persediaan sesungguhnya dalam kesungguhan kebatinan 'men.cintai dan di.cintai'.
Melihat akan kehebatan dan kegagahan Sayidina A'li itu lagi, Kinanah segera memerintahkan pasukan pemanah yang beratusan di pintu Kota tersebut itu langsung terus memanah menghujani ke arah satu tusuk-tubuh badan sahaja yakni Sayidina A'li yang telah tidak mempunyai perisai lagi. Maka kelihatan banyaknya berterbangan anak-anak panah itu disasarkan kepada A'li seperti hujan ribut yang lebat sekali.
Tiba-tiba Sayidina A'li segera bertakbir lalu sempat ke pintu besar Kota benteng Khaibar itu yang sememangnya kebal bertekn0l0gi tinggi pada masa itu yang diperbuat daripada besi yang ampuh lagi tebal berat nya sekali. Sayidina A'li terus menendang pintu utama itu lalu terus tercabut dari pasak paku-takuk nya yang telah memeranjatkan sungguh-sesungguhnya kepada kedua-dua pihak tentera yahudi dan juga Islam itu sendiri !
Lalu dengan izin Allah SWT, Sayidina A'li berupaya di kelihatan mata kasar mengangkat pintu yang besar lagi berat itu untuk dijadikan perisai bagi melindungi diri nya daripada ratusan turjahan anak-anak panah musuh tersebut...
Setelah peperangan Khaibar ini tammat dan sebahagian tentera Islam pun telah memulakan kerja-kerja pemulihan pertukangan dan pembinaan semula Kota Khaibar itu. Pintu benteng besar lagi berat yang telah dipecah-tumbangkan 0leh Sayidina A'li itu hendak di pasangkan semula. Alang kah terkejutnya segala tentera Islam yang ada, untuk kembali kerja pembaikkan dan pemasangan pintu Kota Khaibar itu telah memerlukan seramai tujuh-puluh lebih 0rang lelaki bertubuh sasa untuk mengangkat pintu tersebut walhal Sayidina A'li mencabut serta mengangkatnya hanya se0rang diri...
Apa-apa pun "Siapkan Payung sebelum Hujan" terlebat banjir terbesar dalam sejarah di lembah Klang pada tahun 2012 sedang di lalui kini. Sesudah kali terakhir kita mengalami banjir tersebut di Kuala Lumpur ialah selepas kematian Pejuang melayuIslam leluhur lagi tersohor Pendeta Mat Kilau setelah pendedahan diri beliau pada akhir tahun 1969 dan pada tahun yang sama peristiwa sejarah hitam Negara 13 Mei 1969 dahulu juga.
Wallahu’alam bishawab. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment