Tanah Semenanjung Melayu ini perlu bersiap sedia untuk menghadapi
kemungkinan berlakunya bencana alam lebih dahsyat seperti
banjir besar, gempa bumi berskala kecil dan sederhana akibat
perubahan tiupan angin serta iklim global iaitu 'global warming'
sekarang; begitulah ungkapan pendapat Presiden Persatuan
Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (mSET), Prof. Datuk Abang
Abdullah Abang Ali...
Isu ‘global warming’ ini masih tidak ramai yang ambil peduli lagi endah
Kerosakan yang berlaku ke atas bumi ini sememang disebabkan oleh
tangan-tangan manusia itu sendiri yang rakus tamak haloba duniyawi.
Kempen-kempen kesedaran yang dibuat hanya di lakukan secara
bermusim sahaja...Itulah realitinya pada hari ini. Bumi sudah
rosak teruk, dalam erti kata lainnya sudah tua sudah uzur benar
Bumi kita ini.
-
FAKTAnya? Cuma lihat paparan situasi terkini di sekeliling kita
daripada trajedi gempa bumi di Sumatera kini dan banyak lagi
bencana alam di dunia yang rata-rata sedang rancak berlaku di
Bumi kita ini akibat daripada pemanasan global dunia.
Bumi semakin rancak “berjoget”menunjukkan amarahnya
dengan kerosakan yang bertitik-tolak daripada perbuatan
penduduk Bumi diatas bumi nya sendiri, lahir dan batin.
-
Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan
ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa bumi di Sumatera,
beralih dan semakin menghampiri Tanah Semenanjung Melayu ini.
-
Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata,
beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya
akan mengalami pergerakan sebanyak satu1-dua2 sentimeter setahun
jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan. Beliau berkata,
hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap
merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara
sekitar rantau ini berbanding sebelum nya.
-
Ya Allah jauhilah Tanahair kita dari segala bencana alam…2012 kini...
-
Ulasan s0habat dari Kuala Semantan, Pahang Darul Makmur, 12.01.2012
-
"... maka di ajak orang berfikir akan kemungkinan betapa dekatnya
perang akhir zaman kini dan kaitannya dengan beberapa cerita lama
yang s0habat tahu dan ramai penduduk di Kuala Semantan pun tahu...;
Itu pun jenuh bercerita juga, pasal ramai yang skeptikal...;
Maklumlah s0habat ini telah di beritahu sejak pada awal tahun 80an lagi
oleh T0k Pejuang "Imam Perang" yang pernah berguru dengan
T0kku Pal0h suatu ketika dahulu..., kini baru mendalami dan menyedari
kewujudan "erti" Panji Hitam diUfuk Timur ini...
-
Tiba-tiba sahaja terbuka cerita lama setelah sekian lama terpendam
pada tahun ini pula...; dan terlihat lah sekarang ini ada kel0mp0k
warga k0ta kini sudah mulai tersedar lalu beringat ingin dan
mahu mencari salasilah dan wasilah diri di sini... Ramai juga dari
penduduk kampung sini asal nya, kini sudah terfikir secara mendalam
akan betapa dekatnya akan kemungkinan perang akhir zaman ini;
-
Lalu ada juga yang sedang mencari jalan untuk mendapatkan ilmu
"perang"pagar diri masing-masing dalam mengatur saf, kedudukan
dan peranan nya nanti...; manakala yang sudah tahu pun masih
sibuk dalam alam kebanggaan duniyawi, kebendaan dan kesenangan diri...
-
Apa yang hendak diceritakan lagi sebab sengaja tidak mahu kesedaran
mengIslamkan diri seperti keluarga kerabat yazid dari datuk nya
abu sufiyan dahulu pun sudah wujud kuasa dan harta kepentingan
diri begini. Walaubagaimana pun kepada yang sudah tersedar
dengan trajedi gempa bumi di Utara Sumatera awal tahun 2012
kini Siap Siaga lah lahir dan batin kita semua beribadat dan bertaubat lagi...
-
Alhamdulillah bersyukur kita semua kini yang terpilih bersiap
'sedia payung sebelum hujan'... lalu terharu pula terasa kita semua...
apa-apa pun pembaca sekelian bersama-sama kita berd0'a, beramal
wirid dan zikir;
Haq atas hak dan R0hsia dalam rahsia...
ALLAHuAKBAR 99 ! S0lawat
-
Allahumasali ala Muhammad wa ala ALI MUHAMMAD! Tidak
melayuIslam hilang di dunia! Salam
-
pautan dari blog 'Panji Hitam diUfuk Timur'
-
"... Biar lah kita kenal apa itu Quraish, seterusnya yang terpilih antara
Quraish ialah dari Bani Hashim, seterusnya pula yang terpilih daripada
Bani Hashim ialah Ahlul Baiyit anak cucu keturunan Nabi SAW daripada
keturunan Sayidina Hassan dan Hussein juga. Seterusnya salahsilah nya
lagi ada yang telah di kenali keutamaan keturunan Sultanul Awliya
Sheikh Abdul Qadir al-Jilani dan pecahan-pecahannya yang lebih layak
afdal nasab nya demi mengatur kesejahteraan umat sejagat adalah
daripada Sunan Wali S0l0 ayahanda kepada Sunan Wali Giri
'Ainul Yaqin' yakni Syeikh Maulana Sunan Wali ISHAQ pencetus
Majlis Syura kepada jema'ah ulama-ulama Wali S0ng0.9..."
Sunan Wali Giri lah ulama yang bertanggungjawab membawa
'Panji Hitam' ke Negeri Terengganu Darul Iman pada kurun
ke 15 dahulu, disebabkan beliau adalah seperti Hulubalang
Laksmana Megat Alang DiLaut yang selalu dalam pelayaran
mengembangkan bersama Sunan Giri syiar Islam di seluruh
rantau pelusuk Nusantara Gugusan Kepulauan Alam Melayu
ini di sini...
-
T0kku Pal0h - Nasab Ahlul Baiyit R0sul
-
Penasihat Utama Sultan Zainal Abidin III dahulu; beliau semarakkan
semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau menentang
penjajahan british di Pahang. Ulama Besar Terengganu ini lahir pada
abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus,
turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat dan amanat
serta sangat ditakuti lagi digeruni penjajah british .
-
Diceritakan pada suatu ketika, british cuba berunding dengan
Sultan Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin III supaya
membenarkan mereka menduduki kawasan Bukit Besar tetapi
baginda menyuruh penjajah itu menemui Tokku Paloh.
Baginda menyebut, “Terengganu ini ada tuannya, hendaklah
berunding dengan tuannya terlebih dulu,” yang mungkin
bermaksud bahawa Tokku Paloh adalah orang yang
lebih berhak memutuskan permintaan berkenaan. Mendengar
jawapan Sultan Terengganu tersebut, sepasukan pegawai British
kemudian bergerak ke teratak ulama itu untuk berunding.
-
Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit
Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka.
“Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak
walau atas alasan apa sekalipun tapi kalau hendak tanah, silakan.
Isikan ke dalam armada tuan sebanyak mana yang kamu british mahu,
ambillah” demikianlah jawapan ulama besar itu. Mendengar akan
jawapan sindiran itu, british berasa sakit hati dan cuba menunjukkan
kemarahan mereka dengan bangun daripada kerusi yang diduduki.
-
Akan tetapi, dengan izin Allah SWT, secara tiba-tiba kerusi yang
diduduki penjajah melekat pada punggung mereka. Lalu Tokku Paloh
menyindir, “Bukan Bukit Besar saja yang kamu mahu ambil,
tapi kerusi buruk saya pun kamu mahu ambil juga?” sekali gus menyebabkan
british beredar dengan perasaan malu dan heran tersangat.
-
Selepas peristiwa itu, british cuba berunding untuk kali ke2dua
dan proses itu diadakan di atas kapal perang mereka yang besar.
Ia bertujuan untuk mengugut ulama itu secara psikologi kononnya
british memiliki angkatan perang yang besar dan mampu menyerang
Terengganu jika hasrat mereka menduduki negeri itu dihalang.
-
Mereka menjemput Tokku Paloh ke kapal berkenaan tetapi T0kku
mengatakan bahawa kapal perang besar itu tak mampu bertahan
jika beliau naik. Pihak british kemudian ketawa mengejek sebaik
mendengar kata Tokku Paloh. Ulama itu kemudian naik ke kapal
berkenaan dan dengan izin Allah juga, setiap kali Tokku Paloh
menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal besar
itu turut senget. Keadaan itu mencemaskan pihak british sehingga
mereka membatalkan rundingan itu serta merta.
-
Pada masa yang lain pula, penjajah itu cuba menghampiri perairan
Terengganu tetapi mereka mula ketakutan sebaik melihat negeri itu
dipagari puluhan ribu-ribuan pahlawan-pahlawan Melayu yang
siap-siaga bersenjata penuh sejauh saujana mata memandang.
-
Keadaan itu menyebabkan mereka takut menjajah Terengganu selagi
Tokku Paloh masih hidup. Demikianlah antara beberapa kisah Tokku
Paloh, karamah seorang ulama besar yang berjaya menyekat penjajahan
british pada peringkat awal di Terengganu Darul Iman.
-
Selain menjadi guru kepada Sultan Zainal Abidin III dan Haji Abdul
Rahman Limbong iaitu pejuang penentang penjajah di Terengganu,
ulama itu turut bertanggungjawab menyemarakkan semangat jihad
di kalangan pejuang menentang penjajah di Negeri Pahang DM iaitu
Dat0' Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau dll. Peristiwa itu berlaku
apabila pasukan pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau
hampir-hampir menyerah diri selepas mengalami tekanan dan serangan
berterusan daripada tentera penjajah dan talibarut pimpinan residen
british, hugh clifford. Keadaan tersepit itu menyebabkan mereka
berlindung di Wakaf Gua... Terengganu dan menghubungi untuk
mengadap Tokku Paloh pada Mei 1894.
-
Sebaik bertemu dengan ulama itu, mereka diberi perlindungan dan
diajar ilmu untuk menentang musuh Illahi dengan semangat kental
berisi, lalu kumpulan pejuang terbabit kembali membara dan mereka
terus tekad melancarkan jihad menentang penjajah british di Negeri
Pahang dan membunuh musuh-musuh dalam selimut, talibarut
pribumi upahan dan talam dua muka pun ada.
-
Ulama ini mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri
iaitu Saiyid Muhammad al-Idrus atau dikenali Tokku Tuan Besar,
selain beberapa ulama tempatan sebelum berhijrah ke Makkah.
Tokku Paloh memiliki banyak ilmu dalam bidang kerohanian
terutama ilmu tasawauf dan sufi. Beliau juga menjadi khalifah
kepada Tareqat Naqsyabandiah dan turut mengamal serta
mengembangkan amalan Syahadat Tokku iaitu satu amalan
yang disusun oleh bapanya.
-
Tokku Paloh meninggal dunia pada September 1917 selepas jatuh
sakit pada usia 99 tahun. Tidak lama kemudian, Sultan Zainal
Abidin III mangkat pada November 1918. Selepas kewafatan
ulama itu, barulah british berani dan berjaya akhir nya menjajah
Negeri Terengganu pada bulan Mei 1919.
Demikian lah paparan kedua-dua2 nasab keturunan Baginda
Rasullullah SAW dari salasilah Syaidina Hassan dan Hussien
'Ahlul Baiyit R0sul' yang ada pada Wali S0l0 dan S0ng0 serta
T0kku Pal0h yang terlalu berjasa menegakkan Panji Hitam di
Ufuk Timur ini...
Gandingan antara ulama dengan Sultan ini bukan saje ikatan kerajaan, guru dan murid malah ikatan kekeluargaan dari nasab Imam Jaafar Shadiq melalui jurai anakanda Syed Ali....
ReplyDelete