Wednesday, March 7, 2012

"Posting" dari No. 05-08 (2010)

05
Gunung Datuk adalah permulaan tapak ziarah daku,
Gunung Merliku adalah penamat nya ilmu Hulubalang
moyang-anyang ku,
Kita alang-alang menyeluk pekasam biar
sampai ke panggal leher, itu lah kata-kata hulubalang
terkenal Datuk Panglima 'Garang' Megat Abdullah

Aku dan kamu
Adalah darah saka,
Para panglima silam
Yang bergadai nyawa
Demi maruah agama
bangsa tanahairtanah tumpah nya darahku

Kita kenali Bendahara Megat Terawis
Maharaja Lela dan Dat0k Sagor
Mahupun Syeikh Osman dan Dato' Meor
MOyang tunjang gayOng saka dahulu
Melahirkan pahlawan nusa Melayu

Aku dan kamu
Di antara saka pustaka
Penyambung warisan pusaka
Bakal pertapa ke Batu Belah
Di Ulu Perak mahupun di Pulau Besar
Untuk bertauliah dan berijazah
Di antara alam rijalul ghaibi
Dengan para auliah dan ambiah

Aku dan kamu
Rajawali mahupun Jentayu
Mengembang sayap di angin lalu
Dengan seruan jihad bertalu-talu
Demi hulubalang terbilang jitu
Barang penjurit juga yang tahu
Kepetangan pula adalah penamat ilmu
aku dan kamu...

06
'bersiap siaga dengan semangat Tok Bahaman
kini semarak 'semerah padi' fisabillillah jihad!..
di dalam Al-Quran AllahSWT telah berfirman bahawa
Kiamat bakal terjadi pada hari JUMA'AT tetapi juma'at
yang bakal menimpa-timpa tiba
adalah perang terakhir duniyah
Perang Dunia ke3 III akhir zaman dahulu!

Maka berbanyakkan istigfar, berzikir, bertaubat dan
berd0'a...gerhana matahari
15.01.10 pada hari Juma'at...
tahun 2011 akan menjadi detik terakhir segala
angkara fitnah dan padah untuk berpecah-belah.
Kita Tanah Melayu tidak lagi bersatu menyelamatkan
perjanjian 'RAHMANajib' ini dan tanda-tanda pada tahun
2012 sudah ternyata tiba bala bencana alam
marabahaya lagi malapetaka akhir zaman kini...Takbir313!

07
Antara Habil dan Qabil
Antara Jalut dan Talut
Antara Harut dan Marut
Antara Hassan dan Hussin
Antara Lekir dan Lekiu
Antara Osama dan Obama

Kini langkah selanjutnya diiringi Do'A, petua
dan isyarat serta firasat Hulubalang Terbilang
Ilmu Persilatan Penjurit-Kepetangan Melayu IPPM
- hikmat rahsia-rOhsia kitab Hikayat Hang Tuah
bak kata pepatah:-
patah tongkat berjeremang, habis hulubalang
bersiak ... Sediakan payung sebelum hujan...
dan banjir besar bencana alam 2012.

- Hulubalang Panglima Besar Sayap Kanan Redzuan
Bin Othman @ Wan Bal akan mengiringi
Datuk Bahaman ke tapak gelanggang
gua Terang Bulan di Gua Senyum, Negeri Pahang
Darul Makmur nanti; Bulan purnama penuh di bulan
pilihan Wali-Wali di Tanah Melayu ini,
bakal menyinari gua tersebut yang sememangnya
gelap-gelita memancarkan Batu Hikmat Pintu Alam
Ghaib Tujuh7 Petala Bumi di Tanahair ini,
Namun kehadiran Nabi Allah Khidir AS...

08
Beliau berkata Perkasa adalah semata-mata
memperjuangkan nasib dan hak Islam Melayu kini
yang masih ketinggalan terlalu jauh dalam semua
bidang pembangunan dan ekonomi negara

'Saya tidak faham mengapa ada pihak yang menggelarkan
saya rasis hanya disebabkan memperjuangkan hak
Islam Melayu. 'Kenapa pertubuhan politik lain yang begitu
lantang memperjuangkan nasib kaum masing-masing
tidak pula digelar rasis! Mahupun ultra kiasu!
yang telah menggugat kestabilan pribumi
Islam Melayu kita kini,' ujarnya.

Hujah KEMEGA
Perjuangan dan pengorbanan kami adalah
memastikan Tanah Melayu Nusantara
tetap kekal hak dan haq mutlak sehingga ke
akhir zaman selamanya milik Kerajaan Islam Melayu.
Termaktub lagi muktamad dalam Perlembagaan Negara 153.
Takbir99!

1 comment: