Monday, February 21, 2011

Dat0' Laksmana Hang Tuah sememang nya Melayu Jati Pulau Bentan, Tanah Melayu

34

Di Gunung Sunan Kitab Rehal telah kekita menziarahi demi amalan bulan yang mulia ini 12,15 dan 17hb. Rabi'ul Awal petanda agama Islam akan bergema kembali di tanah air Melayu yang bertuah ini...

Setelah Hang Tuah menghilangkan diri selepas peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang, beliau dikatakan berkeputusan berhijrah ke hulu sungai Perak dan dipercayai menjadi Toki Batin di sebuah perkampungan orang Asli di kawasan tersebut. Ada yang mengatakan menjadi T0k Pertapa dan kemudian Ulama yang beruzlah di sebuah pergunungan "dat0k" Tun Saaban; sepertimana Ajar-ajar beliau dahulu yakni Adi Putera.

Berdasarkan cerita ini, adalah di percayai kawasan yang dimaksudkan dalam riwayat itu adalah di perkampungan orang Asli di antara hulu Lengg0ng dan Temengg0r, daerah Hulu Perak Darul Ridzuan.

Sudah tentu tiada siapa yang dapat membuktikan atau mengesahkan mengenai perkara ini. Namun penduduk asal Lengg0ng dan Temengg0r, patut berasa bangga kerana telah dikaitkan dengan riwayat Pendita Hang Tuah yang tiada bandingannya itu. Benar atau tidak, sahih atau kabur, sejarah atau dongeng – selagi Hikayat Hang Tuah ‘ hidup ’ di alam Melayu ini – selagi itulah fakta mengenai timbulnya semula Hang Tuah di Hulu Perak selepas ghaibnya dari bumi Melaka tetap seiring dalam penceritaannya, seperti yang ditulis oleh penulis-penulis yang banyak mengkaji tentangnya. Mengenang kembali cerita Pendita Mahaguru Dat0' Me0r Abdul Rahman awal tahun 70an dahulu ketika saya berumur 15 tahun di Kuala Sepetang perihal Dat0' Laksmana Hang Tuah dan juga dari T0k Megat Abdul Rahman di K0ta Lama sayugia selepas tarikh sejarah hitam Melayu 13 Mei 1969...

Malah jika kita melihat pada tulisan fakta sejarah, kita akan dapat mengetahui bahawasa nya setelah kejatuhan Melaka pada Tahun 1511, Sultan Mahmud Syah (Sultan Melaka yang terakhir) mengundurkan diri ke Kampar, Sumatera. Kemudiannya selepas itu pada tahun 1526, Putera Baginda – Raja Muzaffar Syah telah berhijrah ke Negeri Perak lalu membawa bersamanya sebilah keris yang dikurniakan oleh ayahanda nya dengan di iringi bersama pahlawan kerabat DiRaja Dat0' Megat Terawis. Dalam pada itu juga seiring dengan itu, sebilah keris keramat kepunyaan Hang Tuah yang dipulangkan kepada Sultan Mahmud Syah sebelum Dat0' Hang Tuah menghilang telah di bawa bersama sehingga kepada membuka Kota DiRaja Kuala Kangsar. Sehingga kini, keris Hang Tuah tersebut telah dijadikan sebagai alat kebesaran kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan.

Agak sinonim apabila keris Hang Tuah itu berada tidak jauh sekali dari tempat beliau timbul semula yakni di Kota DiRaja Kuala Kangsar. Apakah itu tanda keramat kerisnya yang tidak mahu terpisah jauh dengan pemilik nya ? Dan, apakah keris yang dimaksudkan itu adalah Tamingsari yang gah disebut-sebut di setiap pelusuk seantaro Nusantara ini sehingga kini ?

Maka, apakah ini adalah tanda bahawa kewujudan Hang Tuah di Hulu Perak @ Temengg0r-Temengg0ng adalah selari dengan fakta sejarah penghijrahan Raja Muzzaffar Syah ke negeri Perak bersama keris peninggalan Hang Tuah itu ? Hanya keluarga salasilah Dat0' Megat Terawis yang mengetahui cerita sebenarnya setelah menjadi menantu kepada Tuan Tun Saaban akhir nya...

Pertubuhan Megat Terawis dan per. Silat nya di " Website" ada jawapan kepada pers0alan kitab " Hikayat Hang Tuah" untuk dik0ngsi bersama kekita pada ketika ini menjelang tahun 2012 nanti.

Wallahu a’lam bissawab

Untuk ke Negeri Sembilan9 kekita dari Negeri Perak telah melalui kembali tapak sejarah Dat0' Laksmana Hang Tuah di Negeri Selangor terutamanya di Tanjung Jugra; Di perkampungan nelayan sana telah bermalam juga sambil berdayung perahu ke Kuala Jugra mengenang kembali peninggalan tapak " batu-belah dan batu-batuan penjuritan " beliau yang masih terpelihara melangkaui arus perkembangan zaman kini di sini.

No comments:

Post a Comment