Monday, October 4, 2010

Seni Lembing-T0mbak Silat Seni Gay0ng - Megat Terawis

Silat-'Silek' Minangkabau, Randai dan Kesenian Majlis Tanah-Ranah Minangkabau, Sumatera telah menjadi sebahagian Ilmu Wajadiri dan Jatidiri di Tanah Melayu ini didalam Ilmu Persilatan Melayu kini .

Perhimpunan Majlis Perdana Gayong - Dato' Seri Najib disandang Imam Khalifah Agung PSSGM


2hb. Oktober, 2010

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada Sabtu lalu telah menerima penganugerahan Sandang Mahkota Agung Seri Bintang Pelangi Imam Khalifah Agung Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Kebangsaan.' Kemega' mengucapkan setinggi-tinggi taniah demi menyemarakan anjakan paradigma kpd dan utk perjuangan dan pengorbanan pesilat seMelayu kekita sekelian pd hari akhirzaman kini.

Sandang kebesaran itu tergolong dlm susunan Sandang Kehormat di mana ianya hanya dianugerahkan kpd Raja-Raja Melayu, pemimpin tertinggi negara atau negeri bagi melambangkan ketaatan pesilat dan ahli Silat Seni Gayong khususnya kpd kepemimpinan mahupun Kedaulatan Negara Tanahair MelayuIslam ini.

Perdana Menteri berkata, beliau berasa amat terharu dan menyifatkannya sebagai satu penghormatan sangat besar kepada dirinya. “Jika saya dengan izin Allah SWT dapatnya menjejaki langkah Allahyarham ayahanda saya (Tun Abdul Razak Hussein) sebagai Perdana Menteri Malaysia ketika dulu, maka pd hari ini saya menjejaki langkahnya untuk dinobatkan sebagai Imam Khalifah Agung PSSGM Kebangsaan.

Turut hadir YDP Khalifah Utama Tuan Sazali Salleh Meor Abdul Rahman, Menteri Besar Negeri Sembilan9 yang juga Penaung Agung PSSGM Kebangsaan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Yang Dipertua PSSGM, Datuk Adiwijaya Abdullah.

“Melihat anak-anak muda di hadapan saya yang berbaju hitam kehitaman Panji Hitam Ufuk Timur di atas padang ini, seolah-olah saya berhadapan dgn sebuah angkatan anak Melayu yg bersedia menghadapi apa juga rintangan yang mungkin mencabar kedaulatan negara kita sekarang."

“Saya menganggap Silat Seni Gayong sebagai satu daripada angkatan penting dlm struktur pertahanan negara. Jika Angkatan Tentera Malaysia dn Polis Diraja Malaysia menjadi barisan pertama dan Askar Wataniah barisan kedua, maka ahli Gayong bolehlah dianggap sebagai barisan ketiga yang sanggup menyumbang bukan saja kudrat dan tenaga, hatta nyawa sekali pun sekiranya negara kita diserang musuh durjana.

“Semangat seperti inilah yang saya anggap sebagai satu nilai amat baik sejati dan positif amanat yang dapat kita pupuk melalui pembabitan dalam PSSGM. Semangat seperti ini bukan bertujuan untuk kita mengancam sesiapa atau melakukan provokasi terhadap mana-mana pihak. Nilai seperti ini adalah penting untuk kita membina dan memupuk kekuatan dalaman, khususnya kepada bangsa Melayu, dan MelayuIslam khususnya” ujar beliau.

Beliau berkata, kekuatan dalaman menuntut, pesilat itu menghayati serta mengamalkan nilai jatidiri lagi ihsan tertinggi yang sinonim dengan warisan pusaka PSSGM Pendita Mahaguru YAB Dato' Meor Abdul Rahman. Hidup Melayu Daeng Bugis kita! Salam SilaTulrahim dari per. Istiadat Penjurit-Kepetangan Melayu IPPM @ Ilmu Persilatan Penjurit-Kepetangan Melayu IPPM sempena berakhir nya pustaka RAHMANajib kini... Salam d0'a hidayah & inayah313.99.33 sama-sama kita mengharungi 2012 yang mendatang nanti...

No comments:

Post a Comment