Wednesday, February 24, 2010

07.02.10 - GEMPAR GEMPUR MASTIKA MUSTIKA.

10
Rumusan dari petikan kandungan majalah Mastika keluaran Februari 2010

'Melayu di ambang kehancuran!' siapa pemimpin yang anakanda rasa membela nasib Melayu? soal mahaguru Omar Din, Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia.

Memang benar bangsa Melayu tidak bersilat berazan hari, keluhan daripada pencinta Seni Silat Melayu - Gurulatih guru Silat Osman Lodin bersetuju dengan pendapat diatas.

Pada hemat mahaguru, yang ada sekarang hanya pandai bercakap berdegar-degar, tetapi tidak pernah ada tindakan yang jelas nyata, menampakkan kesungguhan lagi kejituan untuk memperjuangkan nasib Melayu kita. Guru Osman Lodin bersetuju dengan pendapat pemimpin pejuang bangsa Melayu yang disebut oleh mahaguru yakni Allahyarham Datuk Harun Idris, Tun Haji Abdul Rahman Yaakub dan Syed Jaafar Albar selain daripada Datuk Onn Ja'afar, Tuan Syed Hassan Al-Attas dan Tuan Syed Hussien Al-Attas.

Mahaguru juga menambah pemimpin kini berjuang kerana ada kepentingan peribadi. Mereka tidak betul-betul memperjuangkan nasib bangsa Melayu. Pada hemat mahaguru, sepatutnya pemimpin sekarang lebih tegas untuk memartabatkan agama Islam dan juga bangsa Melayu. Pemimpin sekarang juga harus menyatukan bangsa kita, bukan pula memecah-belahkannya.

Mahaguru adalah lagenda dalam dunia persilatan yang telah menubuhkan PESAKA disamping memperkenalkan Silat ke seantero dunia. Ajar-ajar Tua megat Ainuddin juga adalah ahli lama yang terawal dalam Seni Silat Lincah yang bergelanggang esklusif di rumah Datuk seniwati Negara Puan Sarimah pada tahun 1973. Keakraban keluarga yakni ayahanda-bonda Ajar-ajar Tua megat Ainuddin dengan selebriti tersebut bersama mahaguru Datuk Omar Din telah julung-julung kali nya melangsungkan perhimpunan terbesar Pertubuhan Seni Silat Lincah semenanjung, di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.



Lantas kereta Mercedes Benz ayahanda Megat dengan No. Plate BV 313 pada tahun tersebut iaitu pd awal 70an telah di beli oleh mahaguru pada masa itu. Guru pewaris Megat Zulkarnian yakni anakanda mahaguru pada masa itu juga masih anak hingusan. Walau bagaimanapun Ajar-ajar Tua megat pernah memberi ceramah tentang pengalaman beliau semasa menceburi bidang ilmu persilatan bersama YB Mohammad Fairus Bin Khairuddin (Silat Seni Gayong Pusaka) serta Tn. Haji Megat Zulkarnain Bin mahaguru Datuk Haji Omar Din pada lewat tahun 90an dahulu.

Perlu disebut disini Ajar-ajar Tua megat Al-Asyura juga adalah ahli Silat Seni Gayung Dato' Meor pada pertengahan tahun 70an, semasa menuntut di sekolah menengah teknik di Ipoh, Perak DR. dengan penamat ziarah di pusat latihan tertinggi Gayung ditetak dengan Sundang Lipas Kudung.

-Tok Zulkifle Zulfaqir ahli lama Silat Seni Gay0ng mahaguru Pendita Dato' Meor Abdul Rahman semasa era YDP Agung pertama Tengku Abdul Rahman dan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman dalam perjanjian termeteri tajuk 'RAHMAN' Tanah Melayu yakni 'R A H M A Nnajib. Di saksikan bersama Ulama Fakeh-fakeh dan Tuan Ajar-ajar kitab Hikayat Melayu Laksamana Hulubalang Terbilang Pendita Tun Hang Tuah 1511-2011.





No comments:

Post a Comment