Wednesday, February 24, 2010

13.05.2010 - DIUFUK TIMUR PANJI HITAM 'BANGKIT MELAYU'

Add Image13
Kami Melayu, Tanah Melayu, Pusaka Melayu, Keramat Melayu, Nusantara Melayu diufuk timur Islam Melayu demi Satu Melayu; Dalam perhimpunan 'Bangkit Melayu' bulan Mei 2010 di Kuala Terengganu. Takbir99.13.313.33.13.9

Ayuh, rumpun bangsaku
Melayu Nusantara bersatu
Buka gerak langkah tapakku
Kalimah Syahadah Syuhadah Imanku
Kususun telapak bunga sembah
menghunuskan keris sakti kerabat T0kku Pal0h
Sulur galur Syed ahlul baiyiti R0sul
dengan Pasak, Pasong
Pagar dan Ruyung diriku
mempertahankan hak dan haq negeri Melayu ku
diufuk timur negeri Panji Hitam penantianku
biarpun memuntah gunung berapi kelangit
biarpun membakar hangus debu dibumi
sehingga lekang dan kering lagi kontang
Namun tetapku menentang segala aral melintang
bak harimau menggempur dihutan
bak naga menghempas dipantai
bak rajawali membelah dilangit
Demi kedaulatan panji-panji Ketuanan
bersama Kalimah Syahadah Syuhadah warisanku
Aku Melayu berjiwa Melayu bertutur Melayu aku
sesungguhnya Islam pegangan dan bertapak
di ufuk timur Nusantara Tanah Melayu ku

Salam ABR Al-Idrus - al-Idris Negeri Terengganu Darul Iman dari pemohor Datuk Bahaman13 Mei 2010.
yakni megaT Al-Asyura kinI bersama kaum kerabaT dan sahabaT sinI.313.99.33

25.04.2010 - Dari Syeikh Othman kepada Tuan Imam Megat Rauf untuk Fakeh Loden


12
Chis! orang-orang sipolan, hendak apa lagi kamu,
Sudah rebah anak ke cucuku,
Engkau perah keringat dari lengan hingga ke bahu,
Negeri Perak tanah di Larut dan Kuala Sepetang menunggu seru,
Kami Megat dan Meor menunggu ketika dan waktu itu,
Amukkan keris keramat daulat Tanah Melayu,
Bersama Hulubalang-hulubalang menunggu seru gendang di palu,
Sepetang, Segantang, Sematang, Sekertang
Tanah daulat dibawah Panji-panji Darul Ridzuan
Di Tanjung Kepetangan tiupan sangkakalam,
Di Pulau Penjurit sahutan sangempitalam

Tok Pawang Mat Telapak Besi Kuala Sepetang - makam di Tanjung Kepetangan
Tok Awang Mat Misai Besi Kuala Kangsar - makam di Kota Lama Padang Ampang
Panglima-panglima Besar Istana Negeri Perak Darul Ridzuan.


'Hai orang Cina Malaysia, apa lagi yang engkau mahu' - petikan dari akhbar Mingguan/ Utusan Malaysia dalam kolum 'Cuit' oleh pemberita analisis hal ehwal semasa- Zaini Hassan. Sila layari Utusan on-line.

09.02.10 - SELAMATKAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 2011

11
Keris terhunus terpancar jurus,
Demi Hulubalang PengHulu ilmuku,
Bukit Seguntang asal keturunanku,
DiPalembang asal tapakku,
Cokmar Alam dan Cagar Alam isimku,
Pagar Ruyung kota keramatku,
Pasembah langkah rantauku,
ke Selat Melaka Pulau Besar persinggahanku,
lalu Berlabuh di Kuala Sungai Duyung mengadap Tuan Wali
di wakaf Hilir Melaka beruzlah dari Masjid Kampung Ulu

Patah sayap bertongkat paruh namun gunung ku daki ke puncak jua,
Biar putih tulang jangan putih mata,
Biar hancur tulang belulang namun ku tempuh ku tempur jua,

Pasak Pasung Pagar Ruyung,
Datuk Hulubalang Panglima Besar Bendahara Paduka DiRaja
Megat Terawis Ibni Daulat Pagar Ruyung,
Ilmu Hulubalang Panglima Besar Penjuritan lagi Kepetangan
Wali Solo dan Pangeran Adityawarman
Membujur lalu melintang patah,
Pantang maut sebelum ajal,
Berangkat lalu ke Tok Alam Melintang melintas lalu ke Batu
Hamparan Keramat Hikmat Datuk Lang Leweh.
-13 Mei 1999.

- YM Raja Idris Ibni Raja Mahmud
Kerabat sepupu megat Al Asyura

07.02.10 - GEMPAR GEMPUR MASTIKA MUSTIKA.

10
Rumusan dari petikan kandungan majalah Mastika keluaran Februari 2010

'Melayu di ambang kehancuran!' siapa pemimpin yang anakanda rasa membela nasib Melayu? soal mahaguru Omar Din, Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia.

Memang benar bangsa Melayu tidak bersilat berazan hari, keluhan daripada pencinta Seni Silat Melayu - Gurulatih guru Silat Osman Lodin bersetuju dengan pendapat diatas.

Pada hemat mahaguru, yang ada sekarang hanya pandai bercakap berdegar-degar, tetapi tidak pernah ada tindakan yang jelas nyata, menampakkan kesungguhan lagi kejituan untuk memperjuangkan nasib Melayu kita. Guru Osman Lodin bersetuju dengan pendapat pemimpin pejuang bangsa Melayu yang disebut oleh mahaguru yakni Allahyarham Datuk Harun Idris, Tun Haji Abdul Rahman Yaakub dan Syed Jaafar Albar selain daripada Datuk Onn Ja'afar, Tuan Syed Hassan Al-Attas dan Tuan Syed Hussien Al-Attas.

Mahaguru juga menambah pemimpin kini berjuang kerana ada kepentingan peribadi. Mereka tidak betul-betul memperjuangkan nasib bangsa Melayu. Pada hemat mahaguru, sepatutnya pemimpin sekarang lebih tegas untuk memartabatkan agama Islam dan juga bangsa Melayu. Pemimpin sekarang juga harus menyatukan bangsa kita, bukan pula memecah-belahkannya.

Mahaguru adalah lagenda dalam dunia persilatan yang telah menubuhkan PESAKA disamping memperkenalkan Silat ke seantero dunia. Ajar-ajar Tua megat Ainuddin juga adalah ahli lama yang terawal dalam Seni Silat Lincah yang bergelanggang esklusif di rumah Datuk seniwati Negara Puan Sarimah pada tahun 1973. Keakraban keluarga yakni ayahanda-bonda Ajar-ajar Tua megat Ainuddin dengan selebriti tersebut bersama mahaguru Datuk Omar Din telah julung-julung kali nya melangsungkan perhimpunan terbesar Pertubuhan Seni Silat Lincah semenanjung, di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.



Lantas kereta Mercedes Benz ayahanda Megat dengan No. Plate BV 313 pada tahun tersebut iaitu pd awal 70an telah di beli oleh mahaguru pada masa itu. Guru pewaris Megat Zulkarnian yakni anakanda mahaguru pada masa itu juga masih anak hingusan. Walau bagaimanapun Ajar-ajar Tua megat pernah memberi ceramah tentang pengalaman beliau semasa menceburi bidang ilmu persilatan bersama YB Mohammad Fairus Bin Khairuddin (Silat Seni Gayong Pusaka) serta Tn. Haji Megat Zulkarnain Bin mahaguru Datuk Haji Omar Din pada lewat tahun 90an dahulu.

Perlu disebut disini Ajar-ajar Tua megat Al-Asyura juga adalah ahli Silat Seni Gayung Dato' Meor pada pertengahan tahun 70an, semasa menuntut di sekolah menengah teknik di Ipoh, Perak DR. dengan penamat ziarah di pusat latihan tertinggi Gayung ditetak dengan Sundang Lipas Kudung.

-Tok Zulkifle Zulfaqir ahli lama Silat Seni Gay0ng mahaguru Pendita Dato' Meor Abdul Rahman semasa era YDP Agung pertama Tengku Abdul Rahman dan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman dalam perjanjian termeteri tajuk 'RAHMAN' Tanah Melayu yakni 'R A H M A Nnajib. Di saksikan bersama Ulama Fakeh-fakeh dan Tuan Ajar-ajar kitab Hikayat Melayu Laksamana Hulubalang Terbilang Pendita Tun Hang Tuah 1511-2011.





05.02.10 - BAGAIKAN TELUR DIHUJUNG TANDUK, MELAYU RETAK MENANTI BELAH.

09
Susulan petikan kandungan 'Selamatkan Bangsa Melayu' dalam majalah Mastika keluaran Februari 2010.

Kita berbangsa azali dan asali Melayu bertanjak, bersamping, berkeris dan beradat akan pupus tidak lama lagi? - Cikgu Mohd. Azmi Bin Abdul Hamid (TERAS)

Kita mempunyai ketamadunan yang pernah dijulang tinggi oleh empayar dunia suatu ketika dahulu tetapi kini semenjak kemerdekaan sehingga sekarang terdapat banyak kemelut dalaman dan kekacauan yang keterlaluan sehingga boleh menyebabkan ketamadunan kita di ambang kejatuhan ibarat agama kita juga umpama seperti buih-buih dilautan.

Kita kini keseluruhannya tidak lagi mempunyai waja diri dan jati diri seperti yang dimiliki Datuk Bahaman dari Semantan, Negeri Pahang Darul Makmur, Datuk Maharajalela dari Pasir Salak, Negeri Perak Darul Ridzuan, Datuk Dol Said dari Naning, Negeri Sembilan Darul Khusus dan Tok Janggut dari Negeri Kelantan Darul Naim suatu ketika dahulu. Begitulah nasib Seni Silat kita yang sedang diambang kepupusan ibarat anak kera dihutan disusukan, anak sendiri pula mati kelaparan. Inilah fakta kebenaran dan kenyataan!

Manakala penceramah bebas yakni Ustaz Hasnan Mohsin berkata perpecahan dan perceraian sesama kita yang berlaku kini jika tidak dibendung akan mengakibatkan ramalan 2012 akan menjadi kenyataan !. Akibat daripada tahap perpecahan yang sudah diambang kehancuran maka kita boleh di ibaratkan masih lagi terlalu jauh ketinggalan dibuai mimpi disiang hari. Ini telah menyebabkan kaum bukan Melayu kita khususnya bangsa Cina dan India terlalu maju jauh kehadapan dalam semua bidang ekonomi dan teknologi juga lain-lain gagasan kebendaan duniawi.

Tiada satu pun cara yang dapat menyelesaikan kemelut ini melainkan kita berpegang pada tali Nya yang mempunyai jaminan bagi kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan di duniyah dan akhirah. Tiada asas dan dasar pegangan kita melainkan mengikuti sunnah cara kehidupan yang dibawa oleh Baginda Junjungan Besar kita Rasullullah S.A.W. dan keluarga keturunan beliau.

Oleh yang demikian seharusnya kita melihat sejauh mana saujana mata memandang dengan kadar seberapa segera mengadakan perjumpaan tergempar bersama ulama-ulama yang tersohor dalam permasalahan kini sebelum semua nya; memang sudah pun terlambat ibarat nasi sudah basi, akan tetapi boleh dijadikan tapai pula. Terlambat ke lambat laung juga walaupun terlalu ramai lagi bakal yang terkorban dan berkorban namun kita tetap juga selamat-amanat terakhirnya di tanah sekankang kera Semenanjung Tanah Melayu ini.

-Gurulatih Awang Salleh Bin Alang Sollah dari pertubuhan Silat Seni Gay0ng Dato' Meor Daeng, Makam Bukit Solok, Solok Sg. Air Kuning, Negeri Sembilan9 Darul Khusus.

Tuesday, February 16, 2010

01.02.10 - ANTARA PERKASA PUSAKA BANGSA ISLAM KITA.

08
Susulan dari petikan akhbar Utusan Malaysia bertarikh Isnin 15 Februari 2010 muka surat 3

"Saya tetap pejuang Hak Melayu" - Datuk Ibrahim Ali
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), manakala Ayahanda Tok Syed Zulfakar (Pekida) tetap akan memperjuangkan hak orang Islam Melayu walaupun digelar pemimpin bersifat taksub perkauman.

"Saya tetap pejuang hak dan haq Islam Melayu diTanah Semenanjung ini" - Syeikh Addeen dari Sungai Manik, Negeri Perak Darul Ridzuan keturunan tersohor Sunan Ulama pd zaman trajedi komunis dan 13 Mei 1969. dahulu

Kata-kata Ayahanda Tok Syed Zulfakar, PEKIDA Setapak, Kuala Lumpur.
"Saya tetap dengan pendirian memperjuangkan nasib dan hak istimewa orang Islam Melayu bersama-sama Perkasa dan mana-mana badan NGO yang berprinsip sedemikian.
'Ingin saya tegaskan di sini, walaupun Perkasa tetap berdiri sebagai sebuah badan bebas dan bukannya badan politik, saya menyokong seratus peratus 100% pendirian ini selagi bersandarkan kepada Islam kita sesama kita.'

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa ada pendapat yang mengatakan beliau terlalu bersifat taksub perkauman.
Beliau berkata Perkasa adalah semata-mata memperjuangkan nasib dan hak orang Islam Melayu kini yang masih ketinggalan terlalu jauh dalam semua pembangunan dan ekonomi negara.

'Saya tidak faham mengapa ada pihak yang menggelarkan saya rasis hanya disebabkan memperjuangkan hak orang Islam Melayu. 'Kenapa pertubuhan politik lain yang begitu lantang memperjuangkan nasib kaum masing-masing tidak pula digelar rasis! Mahupun ultra kiasu! yang telah menggugat kestabilan pribumi Islam Melayu kita kini,' ujarnya.

Hujah KEMEGA
Perjuangan dan pengorbanan kami adalah memastikan Tanah Melayu Nusantara tetap kekal hak dan haq mutlak sehingga ke akhir zaman selamanya milik Kerajaan Islam Melayu. Termaktub lagi muktamad dalam Perlembagaan Negara 153. Takbir99!